post dari lanjoy.
panjang gile dia punya comment. xpe la, aku up masuk dlm post nih... motifnya, jgn takut untuk suruh org berfikir. Tandanya nk suruh kita semua pon gunakan akal yg bijak pandai ini untuk berfikir...
aku bukan nak komen nak beri pendapat jer.
Sambil duduk-duduk mengorek idung mencari ilham tiba-tiba TV3 menyiarkan cerita ‎SINDARELLA ala-ala royal-royal gitu. Kisah anak-anak raja. Maka dengan terpaksa ‎aku pun tertengok la juga. Bukankah aku ni pun penulis skrip jugak. Tapi cerita-cerita ‎aku tu berat-berat sikit. Cerita psiko-thriller yang agak susah nak faham. Cerita seram-‎seram kuku pun aku ada buat jugak. Tapi aku bukan nak cerita pasal karya aku tapi aku ‎nak cerita pasal budaya buat drama dan filem di Malaysia ni.‎
Mungkin ramai yang marah kalau aku katakan penggiat drama kita sebenarnya perlukan ‎lebih banyak homework dan rujukan. Mungkin macam aku kot. Maksud aku rujukan dari ‎segi hal-hal berhubungkait dengan aspek-aspek teknikal, aspek-aspek lakonlayar , cretive ‎concept, essentials – formatnya, structurenya dan valuenyer, begitu juga tentang target ‎audien nyer. Sebab tu kalau kita tengok cerita-cerita yang bersepah di rangkaian tv dan ‎pawagam sekarang isunya sama aje. Formalitynya agak sama. Tiada perbezaan. Tiada ‎yang outstandingnyer. ‎
Ada kawan-kawan aku yang bertahun-tahun kerja di belakang tabir buat filem dan bergiat ‎serius dalam bidang seni ni tapi gagal menjawab soalan cepumas aku. Kebiasaannya ‎siapa director luar yang dia kenal selain dari spielberg? Paling tidak mungkin dia akan ‎kata Shyamalan ker, Kurusawa ker, paling tidak pun Lucas ker. Tapi dia hanya ternganga ‎aje. Mungkin dia aje yang tak mengikuti perkembangan filem luar walaupun itu bidang ‎dia. Mintak maaflah mungkin ramai yang di luar sana yang tidak seperti dia. Tapi ‎sekurang-kurangnya penggiat seni perlulah mempunyai rujukan dan mempunyai idola ‎pujaan yang boleh di ambil pendekatan. Kalau bukan meniru tapi mengikuti pendekatan ‎pun tidak apa asalkan mempunyai sumber untuk di buat perbandingan. Walaupun ‎memang pada dasarnya perbandingan tu seperti langit dengan bumi.‎
Untuk memantapkan skil perlulah banyak buat pemerhatian. Salah satunya dengan ‎menonton wayang ciptaan orang-orang luar tu. Tak payah tengok filem Hollywood, ‎filem orang-orang siam pun dah ramai yang bagus-bagus. Arahan mereka pun lain dari ‎lain, Apatah lagi dengan Jepun dan Korea. Malahan Iran pun dah mendahului jauh ke ‎depan. Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Cuma pendekatannya sama. ‎Skill yang berlainan. Umpama budak-budak sekolah yang nak ambil SPM kena banyak ‎ulang kaji penggiat seni jugak memerlukan hal-hal seperti ini jugak. Ketinggalan dari ‎segi teknologi tak bermakna kita akan ketinggalan segala-galanya. Banyak aspek lain ‎yang boleh kita pelajari untuk menaikkan seri skil dan mutu perfileman dan budaya seni ‎kita. Contohnya bagaimana memantapkan jalan cerita. Jangan terlalu klise sangat ‎sehingga jalan cerita terlalu straight forward. Budaya menyuruh orang kita menonton ‎cerita yang mudah-mudah sepatutnya dah berlalu. Biarkan mereka berfikir sikit bila ‎tengok drama atau filem. Kalau rasanya jalan cerita tu ringkas sangat kretif la sikit ‎dengan permainan camera works atau bermain dengan sinematografinya. Characternya ‎kena develop dalam sikit. ‎
Membuat filem tak perlulah nak cari cerita-cerita yang berbelit-belit kalau tak pandai. ‎Cerita tentang masyarakat biasa berlambak. Cuma cara mengupasnya tu kena lebih ‎dalam. Paling penting Pengarah kena ambil perhatian kerja-kerja editing. Supaya tidak ler ‎terlompat-lompat. Muzik scorenyer pun tak synchronize dengan shot dan scene. Biasa ‎berlaku. Muzik terlebih-lebih. Kadang-kadang mood tanpa muzik pun bagus kalu pandai ‎cari tempatnya. Aku ni pandai gebang jer, kalau suruh pun tak tentu lagi. Cuma aku ‎hanya pandai goring bab-bab menulis skrip. ‎
Aku pernah jumpa pengarah yang mempersoalkan tentang harimau dengan hujan di ‎hutan. Kisah pemburu yang takkan jumpa binatang buruan di dalam hutan waktu hujan. ‎Itu semua dalam skrip aku. Dia kata mana ada binatang keluar waktu-waktu macam tu. ‎Minta maaflah aku nak cakap kalau binatang tu dah kebulur pengarah tu tau ker harimau ‎tu tak terkam kalau kita menyerah diri waktu hujan. Kita pun kalau dah kebulur kelaparan ‎sanggup berbasahan dalam hujan mencari kedai mamak atau apa sahaja agar perut dapat ‎di isi. Perkara-perkara yang macam tu kena la kreatif sikit. Takkan tak boleh masuk ‎dalam cerita kalau scene tu penting untuk jalan cerita. Entahlah kadang-kadang ‎kebanyakan pengarah yang mengaku dia dah masuk waktu asar dalam bidang ni boleh ‎mengarut sampai tak terima idea-idea baru. Semuanya nak kerja mudah. Selamat dan ‎senang. Bukannya kira kreatif dan quality. Yang mereka fikirkan tentang siap pada ‎waktunya dan hantar secepat mungkin untuk dapat duit.‎
Banyak lagi aku nak cerita pasal ragam seni di Malaysia ni. Nanti aku akan ceritakan di ‎lain waktu. Malam ni aku nak layan cerita Jumper. Apa yang jump nyer cerita ni akupun ‎tak tahu. Dah tengok baru tau. Cau
AMSTERDAM, Netherlands (UPI) -- Researchers said they've found traces of the island of Bosch, which sank off the coast of the Netherlands in the 16th century.
The island was between Schiermonnikoog and Rottummeroog islands but was overwhelmed during the All Saints Flood in 1570 before it disappeared, Expatrica and the Netherlands news agency reported.
Researchers from the Stichting Verdronken Geschiedenis -- the Foundation for Sunken History -- said radar images of the sea bottom coincide with historical maps showing an island was situated near Schiermonnikoog.
A foundation representative said the images show disruptions about 10 feet below the sea floor, indicating an island used to be situated there.
Copyright 2008 by United Press International
Pelik aku dengan berita Kosmo! nih. Dia salah maklumat ke atau sengaja je salah tulis?Atau mungkinkahtukangtulis berita ni nak bgtau walaupun Tok Mun tewas, tapi Tok Mun menang di hati rakyat yang tidak mengundi Tok Mun. Ahh, tipulah...
Oleh MANIRAH OTHMAN
Tiada siapa menjangkakan Tok Mun akan menang pilihan raya ini. Namun keupayaannya untuk kekal sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun, di samping minatnya untuk ikut serta dalam politik tanah air, sememangnya mengagumkan.
KUNCI menjadi simbol tekad seorang nenek.
MAIMUN dengan basikal Rally berlatarbelakangkan rumah papan yang disewa RM60 sebulan.
NAMANYA ialah Maimun Yusuf, berusia 89 tahun. Nenek ini sukar mengeja dengan betul namanya sendiri, apatah lagi membaca manifesto pilihan raya. Selama bertahun-tahun Maimun cuba belajar membaca dan hasilnya kata beliau: "Tok boleh menulis dan mengira sikit-sikit."
Ironinya, beliau menjadi calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-12, bertanding di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Lawannya ialah calon Barisan Nasional, Datuk Razali Ismail, 59, dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, 54.
Kedua-duanya bukan calang-calang orang, kecuali Maimun telah 'lebih dulu makan garam'. Maimun juga menggunakan gambar kunci sebagai lambang 'parti'.
Selebihnya, Maimun sekadar bekerja menjual kain dengan mengayuh basikal dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Gong Gemia, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Sejak sah menjadi calon pilihan raya, 24 Februari lalu, kediamannya - sebuah rumah usang tanpa perabot yang disewa RM60 sebulan, tidak putus-putus dikunjungi orang.
Keputusannya untuk bertanding mengejutkan banyak pihak. Namun ini bukanlah kali pertama beliau mencuba.
Sebelum ini, sudah empat Pilihan Raya Umum Maimun mengemukakan borang penamaan calon, namun ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tahun ini merupakan kali kelima beliau cuba menjadi calon dan berjaya.
Poster pilihan raya Tok Mun
"Tok salah eja nama, pencadang tok bukan dari kawasan parlimen yang sama dan beberapa lagi. Mungkin juga mereka (SPR) tidak membenarkan tok bertanding kerana tidak mahu tok hilang wang deposit."
Untuk melayakkan beliau bertanding kerusi Parlimen, Maimun perlu membayar wang deposit sebanyak RM10,000.
"Cuba kira, kalau tok simpan 50 sen atau RM1 sehari, berapa banyak wang tok di dalam bank?," katanya dalam loghat pekat Terengganu. Menurut Maimun, beliau sudah mula mengumpul wang sejak 20 tahun lalu.
Selain itu, banyak lagi wangnya yang terpaksa dihabiskan untuk kempen bagi mendapat sokongan pengundi Kuala Terengganu pada hari pembuangan undi, 8 Mac ini.
Katanya, wang boleh dicari selagi beliau mampu bekerja. Beliau telah menunai ibadat haji pada tahun 2001, juga dengan wang simpanan hasil beliau bekerja selama ini.
Cekalnya hati nenek yang selesa dipanggil Tok Mun ini memang tidak dijangka ramai orang.
Usia tua juga bukan penghalang untuk beliau melancarkan kempen meraih undi dengan caranya sendiri, biarpun tidak serancak yang dilakukan oleh calon-calon lain.
Sekalipun terpaksa menebalkan muka berkempen dari rumah ke rumah, yang ada antaranya tidak membenarkan beliau masuk, Maimun tetap dengan tekadnya itu.
Walaupun selepas mendengar suara-suara sinis yang mempersendakan usahanya, Maimun tidak putus asa kerana menganggap itu sebahagian cabaran yang perlu ditempuhi.
"Bila dah sekali harung biarlah basah."
Itulah prinsip yang dipegang Maimun yang benar-benar serius ingin menjadi wakil rakyat.
Hari-hari yang dilaluinya biasa saja. Beliau bangun pukul 3 pagi, bersembahyang sunat dan membaca al-Quran sementara menunggu waktu Subuh. "Kalau larat tok akan berjalan ke masjid untuk sembahyang.
"Tok suka makan nasi goreng waktu sarapan kerana ia senang. Kadang-kadang tok buat cekodok dan lempeng."
Semasa keluar menjual songket dan berkempen, beliau jarang makan tengah hari. Makan malamnya berhidangkan ayam atau ikan goreng, atau sayur sahaja. Sebagai penutup hari, sekali lagi kaki tuanya diheret untuk sembahyang Isyak di masjid.
Penulis yang berkesempatan bertemu calon warga emas ini beberapa kali turut kagum dengan keazamannya.
Mana tidaknya, pada usia yang hampir mencecah satu abad, beliau masih kuat mengayuh basikal yang dibelinya lima tahun lalu untuk bergerak ke sana sini.
Ramai warga emas lain mungkin tidak sekuat Maimun yang masih mampu mengayuh sejauh 10 kilometer sehingga ke Kampung Atas Tol untuk menjenguk rumah pusakanya setiap hujung minggu.
Rahsianya? Menurut Maimun, beliau menjaga pemakanannya sejak muda lagi dan jarang sekali dia membeli makanan yang siap dimasak kerana tidak yakin dengan cara penyediaannya.
Ini kerana pelbagai perisa makanan yang terdapat di pasaran mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Menurutnya, beliau akan menumbuk rempah yang akan digunakan dalam apa juga jenis masakan dengan lesung batu selain mengamalkan makan jamu untuk kesihatan.
"Dekat 10 tahun dah tok amalkan makan jamu, tok beli sendiri bahan-bahan dan upah orang untuk buat jamu. Selain untuk makan sendiri, tok jual juga sambil jual kain," katanya.
Selain itu, ujarnya, banyak bekerja sejak muda lagi memastikan beliau berasa sihat. Maimun mengaku tidak pernah mengalami sakit yang teruk melainkan demam-demam biasa.
Menceritakan bagaimana beliau boleh terlibat dengan politik, Maimun memberitahu beliau ingin menjadi seorang pemimpin.
Sebab utama katanya, kerana mahu memimpin dan mengubah apa sahaja yang dirasakan tidak betul yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini.
"Setiap kali tengok pokok ditebang, hasil bumi dikaut sesuka hati, bukit disodok (diratakan), hati tok turut sakit," kata Tok Mun menerangkan asas perjuangannya.
Menurut Maimun, biarpun beliau tidak pandai membaca dan menulis, ia bukan halangan untuknya menjadi pemimpin.
Beliau juga berhasrat untuk mengupah seorang pemandu yang akan memudahkannya bergerak kerana percaya rutinnya akan lebih sibuk sekiranya menang nanti.
Menutup perbualan kami, Maimun memberitahu beliau amat berharap boleh menang. Namun ia masih bergantung kepada sokongan pengundi.
"Setakat ini ramai yang cakap nak sokong, nak undi tetapi isi hati orang kita tidak tahu," katanya yang masih tidak pasti sama ada untuk bertanding lagi pada pilihan raya akan datang sekiranya gagal kali ini.
- Kosmo!
Panggilan Allah hanya 3x saja...
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.
"Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.."
Keningku berkerut.... ...."Sedikit sekali Allah memanggil kita..?"
Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?"
Saya menggelengkan kepala.
"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu.
"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".
Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ..
Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. .....Alhamdulill ah...
"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ..."
* * Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... ....
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
Dalam sehari, ada pekedai di Terengganu mampu menjual sehingga 300 biji telur penyu. Bayangkan berapa banyak dalam sebulan?
PROF. CHAN ENG HENG (tengah) bekerja keras bagi membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memulihara penyu dan tuntung di Malaysia.
Pada tahun 2006, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan kepupusan spesies penyu belimbing yang membimbangkan di pesisiran pantai timur Semenanjung Malaysia.
Menggambarkan berita itu satu kerugian dan kehilangan besar kepada sektor pelancongan negara mahupun usaha pemuliharaan yang diambil sejak awal tahun 1960, Ketua Kumpulan Pemulihan dan Penyelidikan Penyu, Institut Oceanografi, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Chan Eng Heng berkata, tiada rekod penyu belimbing diambil pada tahun lalu.
Berbanding lima ekor penyu belimbing yang direkod pada tahun 2006, pihak berkuasa dikatakan gagal mengawal keadaan bagi memastikan tiada sebarang ancaman berlaku terhadap spesies ini.
"Meskipun pihak atasan melaksanakan beberapa langkah termasuk mewartakan kawasan perlindungan penyu, namun tahap penguatkuasaannya masih rendah," ujarnya melahirkan rasa kebimbangan.
Penyu belimbing atau nama saintifiknya Dermochelys coriacea merupakan spesies penyu laut yang paling distingtif dan luar biasa. Ia merupakan satu-satunya jenis penyu yang tidak mempunyai tulang tempurung yang keras dan mampu mencapai ukuran panjang sehingga dua meter.
DI setiap kayu penanda ini, terdapat puluhan biji telur penyu yang sedang dieram di Pulau Redang, Terengganu.
Berat penyu belimbing dewasa ialah dalam lingkungan 300 hingga 600 kilogram dan kerap mengunjungi kawasan pantai Rantau Abang, Terengganu untuk bertelur.
Walaupun peluang untuk menarik semula populasi ini agak tipis, namun Prof. Chan berharap kes yang sama yang tidak berulang pada masa akan datang.
Beliau kini mengalih perhatian kepada penyu agar dan penyu sisik yang tidak terlepas daripada ancaman luar.
"Sebaik-baiknya, kita memberi tumpuan kepada spesies penyu lain yang masih singgah di pesisir pantai Terengganu sebelum spesies ini turut menerima nasib malang seperti penyu belimbing."
"Dua perkara utama yang harus dilakukan dengan segera ialah memberhentikan aktiviti penjualan telur penyu dan diikuti dengan usaha menganjurkan program pendidikan serta kesedaran dalam kalangan orang awam," ujarnya yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kajian dan penyelidikan penyu.
Tinjauan KOSMO! di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu yang terletak berhampiran dengan Sungai Terengganu menunjukkan penjualan telur penyu masih berleluasa.
Pekan ini menjadi medan penting bagi penggemar telur penyu mendapatkan bekalan yang bergantung pada musim dan permintaan pelanggan.
Telur penyu yang sebesar bola ping pong boleh mencecah sehingga RM20 bagi 10 biji. Kalau tiba musim penyu bertelur, banyak lagi telur dijual. Tidak hairanlah dikatakan dalam sehari, ada pekedai dapat menjual sehingga 300 biji telur. Ia dijual secara terbuka dan diletakkan gred bagi memudahkan pembeli termasuk pelancong luar membuat pilihan.
Bagi membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap krisis ini, Prof. Chan dan rakan seperjuangannya telah menganjurkan sebuah kempen yang bertujuan untuk mengumpul sejuta tandatangan dari rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib penyu dari seluruh negara.
Seorang peniaga yang sudah 10 tahun berdagang telur penyu berkata, telur penyu yang dibawa dari Sabah dan Indonesia dibahagikan kepada dua jenis iaitu telur penyu mentah (RM1.60 sebiji) manakala telur penyu masin dijual pada harga RM2 sebiji.
Mengulas lanjut, Prof. Chan menjelaskan UMT berjaya menyelamatkan 442,249 telur penyu agar dan 11,342 telur penyu karah sejak program pemuliharaan penyu dijalankan di Chagar Hutang, Pulau Redang pada 1993.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 352,259 anak penyu agar dan 7,331 anak penyu karah berjaya ditetas dengan pencapaian keseluruhan berada pada tahap 80 peratus penetasan.
Begitupun, jangan berasa puas kerana kejayaan sebenar hanya dapat diketahui dalam tempoh kira-kira 15 tahun akan datang.
Ini kerana secara dasarnya, penyu memerlukan masa hampir 30 tahun untuk menjadi matang dan kembali semula ke Chagar Hutang.