Atuk tak kisah apa terjadi pada UMNO sekarang ni walaupun UMNO dah teruk. Atuk kalau boleh mahu mati dalam UMNO!
Kata seorang atuk yang aku kenali. Keahlian totok UMNO beliau menyelubungi kehidupannya. Padanya tiada UMNO, tiada Malaysia. Tapi atuk ini terlalu ta'sub dengan UMNOnya yang dahulu. Alangkah baiknya jika kita mati dalam Islam. Islam bawa kita ke syurga. UMNO boleh bawa kita ke mana?.
Dahulu atuk tahu perit maung untuk mendapatkan kemerdekaan. UMNO dahulunya perkasa. Adil. Tapi UMNO sekarang ini lain. Atuk amat marah dengan ahli UMNO yang keluar UMNO dan buat parti lain. Bukankah UMNO yang bagi segala-galanya pada mereka . Tu tengok Tan Sri Khalid Ibrahim tu. Dulu dia kawan atuk. Masa dalam UMNO dia jadi senang. UMNO yang bagi dia senang. Tapi sekarang dia jadi MB Selangor atas tiket PKR. Dah keluar UMNO. Ada dia bersyukur dengan UMNO?
Marah sungguh atuk ini. Tapi atuk juga silap. Patutkah manusia ini kena bersyukur atas manusia?, bukankah kita patut bersyukur hanya pada Allah. Itulah kelemahan UMNO. Dah nampak hampir sama dengan Kafir Quraisy yang menyembah berhala zaman Rasulullah dahulu.  Bersyukur pada sesama makhluk, bukan bersyukur pada Pencipta.
Tengok Melayu sekarang ni. Teruk. UMNO tu sendiri pun tak melambangkan Melayu. UMNO tu perkataan Inggeris. Penjajah. Dalam Bahasa Melayunya ialah Untuk  Memenuhi Nafsu Orang - UMNO
Tiba-tiba atuk mengutuk UMNO selepas ingin mati dan bersyukur pada UMNO. Mungkin dek jawapan yang aku berikan pada atuk tentang konsep kematian dan konsep  syukur tersebut. Mungkin ahli UMNO yang seorang ini baru sedar bahawa dia hampir kepada kesesatan kerana  UMNO tak ajar ahlinya tentang Allah dan Islam.
UMNO selama 50 tahun perintah Malaysia yang nampak hanya kemajuan materialistik. Kemajuan rohani hilang. Hinggakan ada orang yang sanggup cabar Islam di Malaysia yang kononnya Negara Islam. Majlis Peguam cabar Islam. Agama lain cabar Islam. Undang-undang Islam dikatakan tidak sesuai. SRA dituduh sarang militan. Atuk sendiri pun tak tahu apa Undang-undang Islam yang sebenar, aku menyatakan dengan lantang tapi sedikit terketar kerana atuk ialah orang tua yang berpangkat atuk yang aku perlu hormati.
Atuk senyap membisu. Aku tahu atuk sayangkan UMNO. Sanggup mati kerana UMNO. Tapi apa UMNO buat pada atuk kini. Ketuanan Melayu UMNO yang rosakkan. Agama Islam UMNO yang cacatkan. Undang-undang Islam UMNO yang lecehkan. Kuasa Raja-raja Melayu UMNO yang lupuskan. Yang tinggal hanyalah kenangan. Kenangan UMNO yang dahulunya menjadi pembela bangsa, agama dan negara.  Tapi sekarang... atuk tahu jawapannya.... sudah-sudahlah dengan UMNO, dia tak boleh bawa kita kemana-mana pun. Buangkan aje dalam sungai. Carilah hidayah dalam masjid sebab atuk dah tua....
Masih lagi bising dengan kemelut si Karpal Singh yang kononnya menghina Sultan Perak apabila beliau mempersoalkan tindakan pihak Istana Perak mengenai pertukaran dan perlantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang dibuat oleh Menteri Besarnya. Ya!, mungkin dari sudut ini kita lihat Karpal memang telah menghina Institusi Istana Perak, tetapi dari sudut yang perundangan, ia hanya dilihat sebagai satu kesalahan dan kesilapan yang tidak membawa kepada penghinaan.
Jika UMNO yang bising-bising dengan "Melayu Marah"nya, mungkin bising-bisisng tersebut perlu bawa kepada satu lagi kes yang serupa. Tindakan yang sama juga telah dibuat oleh Tan Sri Ghani Patail semasa kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu. Tindakan yang dibuat adalah memperjelaskan kuasa YDPA didalam melantik Menteri Besar Terengganu. Sama dengan perbuatan si Karpal Singh. Kedua-duanya sama tindakan, dimana kedua-duanya menghebahkan dan mempersoalkan tindakan Raja atau Sultan secara umum. Tetapi kenapa Ghani Patail tidak disiasat dibawah Akta Hasutan sama seperti Karpal Singh?.
Ada lagi!. Bagaimana pula isu mempersendakan pihak Istana Terengganu semasa perlantikan semula Menteri Besarnya dengan menghina Sultan Terengganu sebagai "natang". Begitu juga tindakan seorang pemimpin UMNO yang menabalkan "Sultan Baru negeri Kelantan" iaitu Tengku Ibrahim Petra dengan laungan Daulat Tuanku pada 12 April 1993 dahulu, sedangkan Sultan Kelantan ketika itu masih sihat segar bugar. Kenapa ia tidak diambil tindakan? Jelas-jelas ia menghina dan menolak Institusi Raja.
Melayu Marah? Marah pada siapa? Fikir-fikirkanlah....
Artikel ini aku copy paste dari e-mail yang juga meng-copy paste artikel ini dari greenboc. Baca dan fahami.
Mengapakah Abdullah Ahmad Badawi benar-benar mahu Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu sehingga 'memaksa' kesemua 22 ADUN UMNO untuk menanda tangani satu perjanjian berkanun untuk terus berdiri memberikan sokongan kepada Idris Jusoh?
Kerajaan 3 Beranak Pak Lah - Kamaluddin - Khairy dan jangan dilupakan Patrick Lim atau dikalangan ahli keluarga, dia dikenali sebagai Patrick Badawi. Patrick inilah yang menjadi Menteri Kewangan yang memikul tanggungjawab tugas-tugas khas.
Tugas-tugas khas ialah untuk mengurus tadbir duit Ehsan minyak yang dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu yang berjumlah RM 1.2 billion setahun (RM1,200,00,00.00).
Jadi siapakah Patrick Lim ini? Patrick Lim adalah bapa saudara kepada Azrene Abdullah, isteri kepada Kamaluddin, anak PM Malaysia. Jadi Patrick Lim adalah bapa saudara kepada menantu Pak Lah yang bernama Azrene.
Patrick Lim juga mempunyai hubungan erat dengan seorang lagi menantu Pak Lah iaitu Khairi Jamaluddin.
Tugas utama Patrick Lim adalah sebagai Menteri Kewangan ke 3 yang mengendali hal ehwal wang ehsan untuk rakyat Terengganu yang berjumlah RM 1.2 billion setahun.
Patrick Lim lah orang yang bertanggungjawab membawa Monsoon Cup, Taman Islam Hadhari dan Istana Kristal di Terengganu atas alasan membangunkan Terengganu walau pada halnya, untuk mengaut keuntungan kepada Kerajaan Tiga Beranak. Patrick Lim juga bertanggungjawab membawa segala bentuk keraian, hiburan dan maksiat ke Seri Perdana supaya Kerajaan Tiga Beranak sentiasa gembira.
Maka itu sebabnya mengapa Pak Lah berhempas pulas inginkan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu, dan masih memegang jawatan Perdana Menteri disamping mengekalkan Menteri Kewangan di tangannya - untuk Patrick Badawi.
Hanya satu yang mampu mengubah, Ahli Parlimen perlu 'menurunkan' beliau dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri itu di persidangan parlimen yang akan datang. Kerana beliau yang mengajarkan begitu kepada 23 orang ADUN jika Datuk Ahmad Said menjadi menteri Besar Terengganu.
Jika tidak saksikanlah lebih banyak harta negara di punggah oleh Patrick Badawi ini dengan dibantu oleh petualang negara dari sebuah keluarga Ahmad Badawi serta mereka yang seramai 23 orang ADUN di Terengganu tersebut.